Thursday, February 19, 2015

Samsung Galaxy Note 4 versi ‘Blossom Pink’ pula dijual di Malaysia


Samsung Galaxy Note 4 telah memasuki pasaran Malaysia pada Oktober tahun lalu dan seperti telefon pintar phablet Samsung yang sebelum ini, Note 4 juga mendapat sambutan yang tidak kurang hebatnya. Setelah pelancaran versi emas bagi menyertai versi putih dan hitam, Samsung Galaxy Note 4 kini ditawarkan didalam warna merah jambu.

Ia dilancarkan sebelum 14 Februari lalu sempena Hari Valentine 2015 .

Harga penjualan Samsung Galaxy Note 4 edisi merah jambu ini adalah sama seperti warna yang lain iaitu RM2499.


Samsung Galaxy Note 4 yang dilancarkan di IFA 2014 hadir dengan skrin paparan QHD Super AMOLED berukuran 5.7-inci yang mempunyai kepadatan piksel yang mencecah 515ppi, pemproses Exynos 5433 dengan LTE Cat.4, 3GB RAM dan memori simpanan dalaman 32GB.

Kamera utama phablet Galaxy Note 4 ini adalah 16MP dengan Smart OIS manakala kamera hadapan adalah 3.7MP dengan aperture f1.9. berkapasiti 3,220mAhdan terdapat mod pengecasan ‘fast charging’ yang mampu mengecas bateri daripada 0% ke 50% dalam masa 30 minit.


Selain Note 4 dengan warna merah jambu, Samsung juga akan melancarkan versi Note Edge ke pasaran Malaysia minggu hadapan dengan harga penjualan RM 2999 .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates