Thursday, February 19, 2015

Xiaomi Mi Note dijual di Malaysia oleh DirectD


Xiaomi Mi Note dan Mi Note Pro yang dilancarkan pertengahan bulan lalu bakal memasuki Malaysia tidak lama lagi namun jika anda tidak perlu menunggu sehingga pelancaran rasminya disini,

Anda boleh menjadi antara pemilik Mi Note pertama di Malaysia dengan memberinya daripada DirectD  .

Syarikat pengedar telefon pintar DirectD kini menawarkan Mi Note dipasaran tempatan dan ianya juga menyokong versi LTE namun bagi rangkaian Celcom dan Maxis sahaja.

Versi Mi Note yang ditawarkan oleh DirectD adalah versi 16GB dan ianya turut hadir dengan jaminan waranti 24 bulan daripada syarikat ini.


Mi Note hadir dengan skrin paparan 1080p 5.7-inci dengan kepadatan piksel 386ppi, pemproses Snapdragon 801 berkelajuan 2.5GHz, 3GB RAM, bateri berkapasiti 3,000mAh( dengan teknologi QuickCharge 2.0) dan menyokong dwi-SIM sama ada Nano SIM atau Micro SIM.

Harga penjualan rasmi Mi Note oleh DirectD adalah pada harga RM1999 , dilihat terlalu mahal.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates