Thursday, February 19, 2015

Reka bentuk Samsung Galaxy S6 seperti iPhone 6


Samsung Galaxy S6 yang telah disahkan akan dilancarkan pada 1 Mac 2015 , bakal menjadi satu telefon pintar yang hangat di pasaran sepanjang 2015 ini. Banyak gambaran Galaxy S6 yang dijangka hadir dengan reka bentuk baru dan lebih premium ini telah diperkatakan namun reka bentuk kali dilihat antara yang paling tepat.

Jika anda perhatikan secara mendalam, anda pasti perasan bahawa Samsung Galaxy S6 mempunyai reka bentuk butang fizikal yang sama seperti iPhone 6 malah kedudukan kesemua butang fizikal S6 juga dilihat sama dengan telefon pintar dari syarikat Cupertino itu.


Selain itu, grill pembesar suara pada bahagian bawah telefon pintar S6 juga dilihat sama seperti reka bentuk pencabar mereka yang terdekat.

Samsung Galaxy S6 juga mempunyai aturan kamera yang baru dengan lampu LED serta pengukur kadar dengupan jantung diletakkan selari dengan kamera dan bukanya pada bahagian bawah seperti pada S5.

Bercakap mengenai spesifikasi, di atas kertas Samsung Galaxy S6 sudah pasti mempunyai spesifikasi yang jauh lebih baik daripada iPhone 6 namun prestasi keseluruhan kedua-dua telefon pintar ini dijangka tidak begitu berbeza.


Samsung Galaxy S6 dijangka hadir dengan skrin paparan QHD berukuran 5.0 atau 5.2-inci, pemproses Exynos 7420, 4GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman, kamera utama 16 atau 20MP, kamera hadapan 5MP dan Android 5.0 Lollipop dengan UI TouchWiz yang baru.

Harga penjualan Samsung Galaxy S6 dijangka akan kekal pada harga yang sama seperti Galaxy S5 iaitu sekitar RM2399 dan akan ditawarkan didalam 4 warna menarik.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates