Sunday, February 22, 2015

Sony timbang penggunaan CPU murah dalam model mereka


Sony sedang menimbang penggunaan CPU murah untuk menyelamatkan perniagaan telefon pintarnya. Ini bermakna ia akan mengurangkan kebergantungan kepada pembuat cip mudahalih besar, Qualcomm.

Sony mengumumkan telefon pintar tahap rendah Xperia E4 awal minggu ini yang dilengkapi pemproses quad-core 1.3GHz MediaTek MT6582.

Telefon pintar utama Sony dikhabarkan sebagai Xperia Z4 yang dikatakan akan diengkapi CPU 64-bit octa-core Snapdragon 810 juga disebut dalam laporan DIgiTimes. Telefon pintar itu dijangka diperkenalkan pada acara MWC 2015, namun Sony masih belum mengumumkan sebarang acara khas yang akan diadakannya dalam acara tersebut, bermakna berkemungkinan kita hanya dapat melihat telefon pintar ini lewat tahun ini.

Sementara itu, Samsung telah mengorak langkah berani dengan tidak menjadikan Qualcomm sebagai pembekal pemproses untuk telefon pintar utamanya. Qualcomm sebelum ini menyebut ia telah kehilangan kontrak membekalkan pemproses kepada salah sebuah pengeluar telefon pintar besar, namun ia tidak menyebut syarikat mana yang dimaksudkan.

Ini mencadangkan bahawa Samsung tidak akan bergantung kepada Qualcomm untuk pemproses dalam telefon pintar utama terbarunya, Galaxy S6 dan Galaxy S Edge, sebaliknya menggunakan pemproses Exynos keluaran mereka sendiri.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates