Sunday, February 22, 2015

Jualan Flip Phone Meningkat Di Jepun


Jualan Flip phone kini sedang mengalami peningkatan semula di Jepun di mana jualannya meningkat sebanyak 5.7 peratus kepada 10.6 juta unit terjual pada tahun 2014. Pada masa yang sama, jualan telefon pintar merosot 5.3 peratus. Ini menunjukkan kurangnya minat pengguna di Jepun kepada telefon pintar. Apakah sebabnya?

Salah satu sebab yang mungkin ialah kos data yang tinggi di Jepun. Ini menyebabkan minat yang tinggi kepada telefon yang “kurang pintar” kerana ia tidak menggunakan data sebanyak telefon pinar tradisional. Peningkatan pengguna telefon bimbit di kalangan warga tua juga mungkin menyebabkan peningkatan jualan flip phone ini.

Bagi yang sentimental pula, mungkin telefon bimbit jenis ini dapat memberikan sesuatu yang tidak boleh diberikan telefon pintar biasa, iaitu butang kekunci yang memeberikan pengalaman menaip tanpa henti dan butang fizikal menghentikan panggilan yang memberikan kepuasan apabila menghentikan panggilan dari pegawai telepemasaran.

Apapun juga sebabnya, sebagai seorang yang pernah memiliki flip phone, telefon bimbit jenis ini sememangnya memberikan kepuasan kepada penggunanya, terutamanya kerana saiznya yang kecil dan ketahanannya disebabkan ia dilipat apabila tidak digunakan.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates