Sunday, February 22, 2015

Versi baru Mozilla Firefox tidak lagi gunakan flash


Versi baru Mozilla Firefox kini menyertakan fungsi yang dipanggil Shumway yang dibangunkan untuk memainkan video swf dengan lebih efisyen. Buat masa ini ia hanya boleh dijalankan untuk video produk amazon.com untuk Windows dan OS X, tetapi Mozilla mempunyai perancangan untuk memperkembangkannya di masa hadapan.

Tahun 2015 merupakan tahun yang sukar bagi Flash dengan Youtube, salah satu pelanggan terbesarnya, memberikan satu tamparan maut dengan memilih untuk menggunakan HTML 5 untuk semua video dalam laman tersebut. Namun, ia masih menggunakan Flash dalam situasi yang perlu.

Sejak Apple membuat keputusan untuk tidak menyokong Flash dalam OS mudahalihnya, iOS, terdapat satu penghijrahan besar-besaran kepada penggunaan HTML 5. Namun pelayar web popular seperti Google Chrome masih menyokong Flash melalui plugin terbina dalam.

Buat masa ini Flash masih mempunyai tempat di internet memandangkan jumlah laman web yang besar yang dibina atas platformnya dan juga kerana plugin IE yang cuba mengelak dari penggunaan plugin flash sering membuka masalah keselamatan kepada komputer pengguna. Tetapi persoalannya sampai bilakah ia boleh bertahan sebelum ia pupus dari internet .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates