Saturday, November 1, 2014

Sharp akan keluarkan model skrin 4K pada tahun 2016


Pada yang telah memilkki phone dengan skrin QHD dan menyangka ia hebat , fikirkan ia semula.

Dalam masa lebih kurang satu tahun lagi iaitu pada tahun 2016 , Sharp akan mula mengeluarkan skrin 4K bagi telefon pintar.

Menurut sumber rapat dengan Sharp , dilaporkan bahawa Sharp sedang bekerja keras untuk pembangunan skrin 4K .

Sharp turut menumpukan pada pembangunan ini kerana mendapat permintaan tinggi daripada pengeluar telefon pintar dari China yang sentiasa mahu mencuri tumpuan dunia dengan skrin paparan yang lebih padat dan berkualiti tinggi.


Sharp merupakan pengeluar skrin paparan LCD kedua terbesar didunia dibelakang JDI yang merupakan syarikat hasil kerjasama Sony, Hitachi dan Toshiba.

Sama-sama kita nantikan kehebatan paparan skrin 4K ini .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates