Saturday, November 1, 2014

Oppo telah melancarkan model terbarunya iaitu N3


Oppo secara rasminya telah melancarkan phablet terbaru mereka iaitu Oppo N3 .

Uniknya model ini ialah pada kameranya .

Kamera berkuasa 16 mega pixel dan disertakan dengan motor untuk mengikuti pergerakan objek. 

Kamera N3 ini menggunakan lensa yang diiktiraf oleh Schneider Kreuznach

Kamera ini boleh sehingga 206 darjah dan ia  juga akan berputar secara automatik ketika mengambil gambar panorama dan selfie. 


Gambar panorama akan diambil pada resolusi 64 mega pixel .

Selain itu , terdapat pengimbas cap jari pada bahagian belakang phone ini .

Kamera berkuasa pada phablet ini mampu merakam video 4K @ 30 fps, video 1080p @ 60 fps, dan video gerak perlahan pada kadar 720p@ 120 fps. 

Model ini juga mempunyai dua kamera yang berkuasa tinggi untuk bahagian belakang dan hadapannya .

Berikut ialah antara spesifikasi model ini :

- skrin 5.5 inci 1080p
- prosesor Snapdragon 801 2.3GHz
- 2 GB RAM
- kamera belakang boleh putar 16 mega pixel (Schneider Kreuznach certified)
- kamera hadapan 16 mega pixel

- bateri 3000 mAh yang dilengkapi teknologi pengecasan VOOC.

Oppo N3 juga dilengkapi lampu notifikasi ‘skyline notification’ pada bahagian bawahnya .


Selain itu , model ini turut ada  butang kawalan jauh yang lebih dikenali sebagai O-Click .

Jelas phablet ini sangat berkuasa tinggi .

Jika memasukki pasaran Malaysia nanti, harganya dijangkakan antara RM2120-RM2250 .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates