Saturday, November 1, 2014

Phablet Honor 4X telah dilancarkan oleh Huawei


Model ini telah dilancarkan secara rasmi oleh Huawei .

Ia menggunakan cip prosesor 64 bit iaitu Honor 4X.

Huawei Honor 4X boleh menggunakan Android 5.0 Lollipop nanti ,  walaupun buat masa ini ia menggunakan OS Android 4.4 KitKat dengan Huawei Emotion 3.0 UI.

Berikut ialah antara spesifikasinya :

- skrin 5.5 inci 720p
- prosesor Qualcomm Snapdragon 410 1.2GHz
- 2GB RAM
- kamera belakang 13 mega pixel jenama Sony, kamera hadapan 5 mega pixel 
- ada 4G LTE
- bateri 3000 mAh 


Bateri model ini didakwa oleh Huawei mampu bertahan sehingga 72 jam atau 3 hari , wow!

Harga jualannya di Malaysia nanti dijangkakan antara RM693-RM750 .

Bila melihat spesifikasi dan harganya , jika benar harga anggaran di atas , ia wajar dicanang sebagai phablet wajib milik!


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates