Saturday, November 1, 2014

Telefon ternipis dunia iaitu Oppo R5 telah dilancarkan


Model ini ialah antara satu lagi model yang telah dilancarkan oleh Oppo selain N3 .

Oppo R5 menjadi tumpuan ramai kerana ia menggunakan prosesor 64 bit dan juga merupakan telefon pintar ternipis didunia. 

Kenipisan model ini ialah 4.85mm dan ianya lebih nipis daripada iPhone 6 yang mempunyai kenipisan 6.9mm.

Rangka Oppo R5 diperbuat daripada aloi 3D .


Ketebalan rangka ini hanya 4mm dan secara keseluruhan dimensi R5 adalah 148.9 x 74.5 mm dengan berat 155 gram.

Antara sepsifikasinya ialah :

- skrin 5.2 inci AMOLED 1080p
- prosesor Snapdragon 615 1.5GHz
- 2GB RAM
- kamera belakang 13 mega pixel Sony IMX214 , kamera hadapan 5 mega pixel
- OS Android 4.4 KitKat dengan UI Color OS 2.0
- ada  4G LTE TDD/FDD
- bateri 2000 mAh dengan teknologi pengecasan pantas VOOC


Kerana saiznya terlampau nipis , maka bateri yang digunakan tidak berapa berkuasa .

Walaupun begitu, ia mampu  dicaj sehingga maksimum pada masa yang pantas .

Model ini turut tiada slot Audio 3.5 mm , namun pengguna boleh menggunakan aksesori tanpa wayar O-Music atau menggunakan adapter MicroUSD (audio jack yang turut disertakan) .


Semua ini terpaksa dilakukan untuk menjadikan model ini model phone ternipis didunia!.

Dikhabarkan , jika model ini dijual nanti di Malaysia , harganya ialah sekitar RM1600-RM1750 .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates