Monday, September 8, 2014

WinPro 5 Diperkenalkan Oleh Polaroid


Dahulunya Polaroid ialah antara gergasi pengeluar kamera , setanding dengan Canon , Nikon dan yang sewaktu dengannya .

Kini , walaupun tidak berapa produktif dalam pengeluaran kamera seperti dahulu , Polaroid tetap memfokuskan niche bisnesnya kepada yang berkaitan dengan fotografi. 

Baru-baru ini syarikat ini tekah memperkenalkan smart phone keluaran mereka yang berasaskan Windows Phone . 

Ramai yang masih tidak tahu , tahun lepas sahaja Polaroid telah mengeluarkan 2 tablet Android .

Untuk tahun ini sahaja . sebelum ini . Polaroid telah melancarkan 3 lagi model tablet dan nampaknya ia semakin berkembang .


Sekarang , Polaroid menumpukan pengeluaran mereka pada tablet dan  smart phone pula .

Model terbaru phone Polaroid ini dikenali sebagai Polaroid WinPro 5 .

 WinPro 5 dibina atas rekabentuk bernama “17B”.

Berikut iaah antara spesifikasinya :

- skrin 5 inci 1280×720
- prosesor quad core Snapdragon 1.2GHz
- 1 GB RAM
- 8 GB ruang storan
- kamera belakang 8 mega pixel , kamera hadapan 2 mega pixel
- dual sim
- bateri 2400 mAh
- OS Windows Phone

Ia bakal dilancarkan tidak lama lagi dan kemudiannya akan dijual pada pertengahan Oktober 2014 .

Harganya dijangkakan sekitar RM810-RM845 .



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates