Monday, September 8, 2014

Samsung Galaxy Note Edge Yang Boleh Lentur Diperkenalkan


Samsung telah memperlihatkan model terbaru mereka iaitu Galaxy Note Edge.

Ia phone yang mempunyai teknologi skrin OLED boleh lentur.

Seperti Galaxy Note 4, ia mempunyai skrin 5.7 inci, namun satu inci di bahagian kanan skrin telah dilenturkan dan mempunyai satu baris skrin yang berfungsi secara berasingan daripada skrin utama.


Menakjubkan bukan ?

Ia bukan sahaja kelihatan cool, malah skrin di bahagian tepinya itu membuka lebih banyak akses kepada apps , widget dan sebagainya .

Ia boleh digunakan untuk meletakkan sebaris ikon untuk memberikan akses cepat kepada aplikasi ataupun boleh digunakan untuk memaparkan mesej dan notifikasi.

Belum ada tarikh lagi bila Samsug akan melancarkan model ini .


Ini kerana buat masa ini sedang bekerjasama dengan developer apps yang akan buat apps baru , untuk digunakan pada bahagian skrin melengkung itu setelah ia dilancarkan nanti.

Dari satu sumber juga , Samsung dikatakan cuba mencari alternatif supaya harga model ini selepas dilancarkan tidak terlalu mahal dan mampu milik untuk golongan atasan .


Tunggu sahaja kemunculan model yang menakjubkan ini nanti .




0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates