Monday, September 8, 2014

Nokia Lancarkan Phone Power Mampu Milik Iaitu Nokia Lumia 830


Microsoft telah memperkenalkan model Nokia Lumia 830 di acara IFA 2014. 

Ia dipanggil 'phone power mampu milik'.

Tarikan utama phone ini ialah pada kameranya .

Kameranya mempunyai fungsi Dynamic Flash yang membolehkan pengguna sama ada , menggunakan flash , atau , tiada flash , pada gambar yang telah dirakamkan!

Wow!!!


Telefon ini turut mempunyai rekabentuk yang ringkas dengan bahagian tepi yang dililit kerangka aluminium , sama seperti yang terdapat pada Lumia Cyan sebelum ini .

Memang phone ini nampak sebagai 'phone yang mahal' .

Antara spesifikasinya ialah :

- skrin 5 inci 720 x 1280 pixel
- prosesor quad core 1.2 GHz Snapdragon
- 1 GB RAM
- ruang storan 16 GB
- kamera belakang 10 mega pixel 720p Carl Zeiss optics , kamera hadapan 0.9 mega pixel 720p
- bateri 2200 mAh


Bateri model ini didakwa boleh bertahan selama 22 hari dalam mod standbye , memang mengkagumkan!

Harga jualan model ini nanti dijangkakan sekitar RM1360 dan akan mula dijual bermula penghujung September 2014 .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates