Monday, September 8, 2014

Samsung Galaxy Tab Active Pula Dilancarkan Samsung


Samsung telah melancarkan tablet korporat yang lasak dan boleh dibawa tempat yang ekstrem seperti Kutub Utara , tempat pembinaan dan sebagainya .

Ia dinamakan sebagai Samsung Galaxy Tab Active .

Tablet ini kalis air , kalis habuk , tahan gegaran dan masih elok walaupun terjatuh atau dijatuhkan dari ketinggian 1.2 meter .


Syaratnya perlu ada casing perlindungannya semasa kejadian diatas berlaku. 

Ia juga dilengkapi dengan C-Pen iaitu pen stylus yang boleh digunakan walaupun pengguna memakai sarung tangan.

Ia memang sesuai untuk pekerja outdoor walaupun dipanggi tablet korporat .

Samsung mendakwa tablet ini mampu bertahan selama 8 hingga 10 jam kerana penggunaan bateri 4450 mAh nya .


Berikut ialah antara spesifikasinya :

- skrin 8 inci WXGA (1280 x 800)
- prosesor quad core 1.2 GHz
- 1.5 GB RAM
- 16 GB ruang storan
- kamera belakang 3.15 mega pixel , kamera hadapan 1.2 mega pixel
- OS Android Kitkat 4.4
- bateri 4450 mAh



Belum diketahui bila ia akan dijual ataupun berapa harganya .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates