Monday, September 8, 2014

Nokia Turut Perkenalkan Lumia 730 dan 735


Baru-baru ini Microsoft telah melancarkan satu lagi siri model terbaru mereka iaitu Nokia Lumia 730 dan Nokia Lumia 735 yang dilengkapi kelengkapan untuk menangkap gambar selfie yang berkualiti.

Menjadikan contoh selfie Ellen DeGeneres pada majlis Oscar 2014 yang lalu , Chris Weber dari bahagian Jualan Peranti Mudahalih Microsoft , mendedahkan betapa teruknya kualiti gambar tersebut dan Ellen sebenarnya berhak mendapatkan yang lebih baik.

Marketing strategy yang sangat menarik daripada Microsoft dan Nokia .

Jadi untuk mengelakkan kejadian sama seperti di atas berlaku lagi , maka beliau telah memperkenalkan Lumia 730 dan 735 yang dilengkapi kamera selfie 5 mega pixel dengan jarak focus 24mm .


Beza Nokia Lumia 730 dan 735 ialah Nokia Lumia 735 ada LTE dan Nokia Lumia 730 hanya ada 3G sahaja .

Berikut ialah antara spesifikasi kedua-dua model diatas :

- skrin 4.7 inci 720p
- prosesor quad core snapdragon 1.2 GHz 400
- 1 GB RAM
- ruangan storan 8 GB
- OS Windows Phone
- kamera belakang 6.7 mega pixel , kamera hadapan selfie 5 mega pixel


Satu lagi perbezaan ketara ialah Nokia Lumia 730 ada slot dual sim , manakala Nokia Lumia 735 hanya menggunakan slot satu simkad sahaja .

Harga untuk model Nokia Lumia 730 ialah  RM830 .

Untuk model Nokia Lumia 735 pula harganya dijangkakan RM905 .

Kedua-dua model ini akan dijual pada hujung bulan ini iaitu Sepetember 2014 .




0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates