Friday, July 4, 2014

50 Ribu Xiaomi MiPad habis dalam 4 Minit


Tablet terbaru Xiaomi yang dilancarkan pada bulan Mei 2014 lalu , telah mula dijual secara rasmi di China dan seperti biasa, produk ini hanya di jual secara atas talian melalui Mi Store. 

Sebanyak 50,000 unit Xiaomi MiPad telah habis dijual didalam masa 3 minit 59 saat sahaja. 

Tablet 7.9 inci ini yang mempunyai reka bentuk hampir sama seperti iPad Mini Retina Display ini dijual didalam dua versi iaitu 16GB dan 64GB.

Ia bakal dijual di Malaysia tidak lama lagi .

Berikut ialah antara spesifikasi  Xiaomi MiPad :

- skrin 7.9 inci jenama Sharp , resolusi 2048×1536 piksel (skrin paparannya sama dengan skrin yang digunakan iPad Mini Retina Display)
- prosesor berkuasa tinggi Nvidia Tegra K1 2.2Ghz
- 2GB RAM
- kamera belakang 8MP , kamera hadapan 5MP

Harganya dijangkakan lebih kurang dengan harga jualannya di China , iaitu versi 16GB dijual pada harga sekitar RM776 , manakala versi 64GB pula dijual pada harga sekitar RM880.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates