Friday, July 4, 2014

Kedua-dua model iPhone 6 akan dilancarkan serentak


Khabar angin terbaru mengatakan , kedua-dua model iPhone 6 yang berukuran 4.7 inci dan 5.5 inci akan dilancarkn pada tarikh yang sama iaitu pada 25 Septmber 2014 .

Jelas ia bercanggah dnegan laporan sebelum ini yang menyatakan iPhone 6 bersaiz 5 5 inci akan dijual pada penghujung 2014 .

iPhone Air atau iPhone yang mempunyai skrin paparan bersaiz 5.5 inci ini akan menjadi phablet pertama Apple dan dijangka menjadi pesaing kepada Galaxy Note 3 dan LG G3.

Di China, iPhone 4.7 inci dijangka dijual pada harga sekitar RM2700 , manakala phablet Apple 5.5 inci pula akan dijual pada harga sekitar RM3080 .


Kita sama-sama tunggu pengumuman rasmi dari Apple nanti .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates