Friday, July 4, 2014

Windows 9 Dijangka Diperkenalkan Penghujung 2014


Buat masa ini , menurut khabar anginnya , OS baru Windows ini dinamakan Windows Threshold .

Boleh jadi semasa dilancarkan nanti OS baru ini dipanggil Windows 9 atau mungkin juga nama lain .

Mana tahu, Windows bakal membuat kejutan semasa pelancaran OS baru yang akan menggantikan Windows 8 sekarang ini , dengan memberinya nama yang tidak disangka-sangka .


OS baru atau Windows 9 ini dijangka akan membawakan pelbagai perubahan baru, termasuk dari segi GUI dan beberapa fungsi lain .

Fokus utama OS ini dikatakan menjurus ke arah pengguna desktop. 

Microsoft dijangka akan mengoptimumkan OS mereka, dimana ia tidak akan menyertakan fungsi Start Screen pada desktop. 

Mungkin OS baru ini akan lebih mirip kepada GUI Windows 8 yang menggunakan Live Tiles iaitu menu berkotak-kotak .

Ia hanya diperkenalkan hujung tahun 2014 , tetapi akan mula dijual pada awal 2015 nanti .

Tunggu pengumuman rasmi dari Microsoft selepas ini .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates