Tuesday, June 3, 2014

iOS8 dilancarkan di WWDC


Apple secara rasminya telah memperkenalkan iOS8 pada sidang WWDC.

Ia makin bagus dengan ciri penambaikan terbaru. 

Berikut adalah antara beberapa ciri-ciri terbaru pada iOS8 :



1.Widget


Apple akhirnya telah menyertakan widget pada iOS 8 ini namun tidak seperti gajet Android yang mempunyai widge pada Home Screen .

Widget pada iOS 8 akan diletakkan di bahagian notifikasi atau Notification Centre .

Selain itu, notifikasi pada iOS 8 juga kini lebih mudah, contohnya jika anda menerima satu mesej dan anda hanya perlu membalas mesej tersebut melalui paparan pada bahagian atas skrin tanpa perlu menutup aplikasi yang anda sedang gunakan.

Ciri ini sangat berguna dan menjimatkan masa.



2. Keyboard


Keyboard pada iOS 8 ini juga telah mengalami perubahan drastik.

Keyboardnya mampu meramalkan perkataan yang bakal di gunakan dan akan lebih tepat selepas digunakan untuk tempoh masa yang lama. 

Selain itu, dengan iOS 8 , pengunaan keyboard third party juga menjadi kemungkinan dan ini bermaksud developer keyboard seperti SwitfKey dan Swype bakal membuat keyboard mereka untuk iOS pula .



3.HealthKit 


iOS 8 juga dilengkapi apps HealthKit yang mengumpul kesemua data dari aplikasi kesihatan. 

Apple telah bekerjasama dengan beberapa syarikat bagi aplikasi terbaru ini antaranya adalah Nike dan Mayo Clinic. 

Dengan pelancaran ini juga boleh kita perkatakan bahawa Apple mungkin akan melancarkan gajet jam pintar dan gajet kesihatan.



4.iMessage


Apps Apple iMessage dengan beberapa ciri baru. 

Apps ini mungkin menjadi pencabar utama kepada WhatsApp dan bakal didatangkan dengan ciri yang membolehkan pengguna merakam dan menghantar audio dan video secara terus , melalui sistem permesejan ini.



5. Email 


Apps email juga telah di ubah, dengan iOS, kini pengguna hanya perlu melakukan satu ‘swipe’ untuk membuang email yang tidak penting.



6. Spotlight 

Pencarian Spolight juga telah diperbaik .

Spotlight kini membolehkan pengguna mencari apps dan lagu yang telah dibuang di iTunes Store.

Selain itu , apps iPhoto dan Apps store juga dipertingkatkan dengan banyak ciri baru .



Dibawah ialah gambar gajat yang sesuai menggunakan iOS baru ini :



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates