Monday, June 2, 2014

Samsung Z Dengan Os Tizen Diperkenalkan


Kerana OS barunya iaitu Tizen , smart phone ini memang dinanti oleh penggemar smart phone di seluruh dunia.

Hari ini, Samsung secara rasminya telah memperkenalkan Samsung Z yang menggunakan OS Tizen , pertama di dunia! .

Antara spesifikasinya ialah :

- skrin 4.9 inci HD Super AMOLED
- prosesor quad core 2.3GHz
- kamera belakang 8 megapixel , kamera hadapan 2.1 
- beberapa fungsi yang ada Galaxy S5 turut disertakan pada gajet ini iaitu pengimbas cap jari dan juga Ultra Power Saving Mode.


Samsung Z akan mula dijual Russia sebelum dijual di negara-negara lain .

Ini ialah strategi Samsung agaknya .

OS Tizen merupakan sistem operasi yang berasaskan LINUX .

Ia bakal ada kedainya apps yang tersendiri yang diberi nama Tizen Store .

Berbeza dengan Android , nama tempat apps ialah Google Play .

Sebelum ini ada 2 gajet lain yang telah menggunakan OS tizen iaitu kamera Samsung  dan juga Gear 2 iaitu  jam tangan Samsung .

Untuk smart phone , memang Samsung Z ialah smart phone pertama didunia yang menggunakan OS Tizen ini.

Terlalu awal untuk dinilai kebagusan OS Tizen ini jika hendak dibandingkan dengan OS Android yang sudah established .

Kita sama-sama tunggu dan lihat sama ada ia bakal menyaingi OS Android , iOS atau WIndows Mobile .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates