Tuesday, June 3, 2014

OS Terbaru Apple , OS X Yosemite


OS X Yosemite dilihat membawakan perubahan dari segi GUI , menggunakan ikon dan tetingkap yang membawakan warna mendatar , lebih kurang seperti pada iOS 7 sebelum ini.

Tetingkap Finder dilihat kini membawakan rekaan sedikit tranparent atau lutsinar membuatkan ia lebih menarik .

Ikon untuk kawalan tetingkap juga turut berubah dalam OS X Yosemite ini.


Apple turut menyertakan Theme gelap khas untuk pengguna yang tidak gemarkan menggunakan Theme cerah .


Ia turut menyertakan sebuah kotak carian Spotlight yang sama dengan fungsi Search , pada bahagian hadapan, membolehkan pengguna membuat carian pelbagai dokumen, aplikasi, buku alamat, dan sebagainya yang berada didalam komputer mereka, ataupun turut menggunakannya untuk mengakses carian dari Internet.

Dua apps yang turut berubah ialah Mail dan juga Safari. Mail 


Apps ini membolehkan pengguna menghantar fail bersaiz besar sehingga 5GB melaluinya dimana ia akan disimpan di cloud storage , sebelum penerima boleh mendownloadnya .

Fungsi ini memudahkan pengguna untuk menghantar fail bersaiz besar tanpa masalah, berbanding sebelum ini.


Disamping itu, Safari turut berubah . 

Rekaaannya lebih kemas, dan turut menyertakan integrasi carian yang lebih baik .

Apple juga menyatakan Safari kini dengan boleh mengendalikan JavaScript lebih pantas berbanding kebanyakkan browser lain .

Apple OS X Yosemite boleh didownload oleh developer dahulu bermula hari ini .

Untuk pengguna biasa pula , mereka akan dapat OS ini dalam masa beberapa bulan lagi. 

Seperti sebelum ini , OS X Yosemite boleh diupdate secara percuma oleh pengguna berdaftar OS Apple .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates