Wednesday, May 7, 2014

WhatsApp Untuk Android Tawarkan Fungsi Group Lebih Bagus


Salah satu fungsi yang menarik pada WhatsApp ialah fungsi untuk sembang berkumpulan iaitu Group .

Group membolehkan anda menghantar dan menerima mesej daripada lebih dari seorang dalam sesuatu interaksi.

Dalam update terbaru WhatsApp Android, fungsi mute sesuatu Group itu untuk tempoh yang lebih lama, dimana beberapa pilihan baru yang disertakan termasuk untuk sebulan, setahun, mahupun seabad.

Selain daripada itu, pengguna juga turut boleh memilih untuk menyembunyikan notifikasi daripada Groups tersebut untuk tempoh yang dipilih, sekaligus membolehkan anda tidak terganggu dengan kemaskini daripada sesuatu Group untuk sesuatu tempoh.

Nampaknya WhatsApp menyediakan lebih privacy kepada pengguna yang tidak mahu remove group mereka tetapi tidak mahu diganggu saban hari oleh mesej yang tidak dikehendaki .

Update perlu dibuat secara manual buat masa ini , dan mungkin akan diterbitkan di Google Play Store tidak lama lagi.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates