Tuesday, May 6, 2014

OnePlus One Akhirnya Dilancarkan Secara Rasmi


OnePlus One menggunakan frame berasaskan Magnesium .

Ia dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 801 2.5Ghz , memori 3GB RAM , skrin bersaiz 5.5 inci , kamera belakang 13 megapixel , kamera hadapan 5 megapixel, dan bateri berkapasiti 3100mAh.


Model ini juga dilengkapi dengan speaker stereo yang diposisikan pada bahagian bawah, bersebelahan dengan ruangan pengecasan mikro-USB. 


Agak sedikit pelik ruang letaknya .

OS nya menggunakan CyanogenMod 11S. 

Sistem yang digunakan pada OnePlus One ini adalah variasi daripada versi Android 4.4 KitKat , serta dilengkapi theme khas untuk model ini . 


Antara fungsi popular CyanogenMod yang ada pada gajet ini ialah fungsi enkripsi SMS antara gaget CM , mengakses gajet menggunakan arahan suara , seperti model Motorola Moto X dan penggunaan gesture .

Kerana OnePlus One menggunakan CyanogenMod , ia sentiasa akan menerima update sistem operasinya lebih awal , dibandingkan dengan gajet lain .

Harga jualan OnePlus One dijangka USD299 atau RM997  untuk model 16GB , dan USD349 atau RM1140 untuk model 64GB. 


Seperti yang telah diberitahu dalam entri sebelum ini , OnePlus One tidak akan dijual di Malaysia . 

Negara paling hampir dengan Malaysia yang akan menjual gajet ini kepada pengguna mereka ialah Hong Kong .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates