Wednesday, May 7, 2014

Powerbank Untuk Gajet dan Enjin Kereta


Memang menakjubkan , itu sahaja yang boleh dikatakan mengenai powerbank ini

Powerbank berkapasiti 6000 mAh ini bernama Jumpr .

Ia bukan sahaja mampu mengecas kesemua gajet anda tetapi juga mampu menghidupkan semula kereta anda apabila baterinya kong atau mati . 

Paling menakjubkan produk ini mempunyai saiz yang kecil dan mudah dibawa kemana-mana. 

Beratnya hanya 198 gram dan lebih ringan dari sebuah Xperia Z Ultra.

Jumpr dibangunkan oleh JunoPower yang berpengkalan di Amerika Syarikat. 

Jumpr mampu menghidupkan semula kereta dengan 4 ataupun 6 injap tanpa sebarang masalah. 

Ia juga turut mempunyai lampu suluh LED terbina yang boleh digunakan ketika kecemasan waktu malam. 

Ianya bakal memasuki pasaran Mei 2014 dengan harga USD70 dan ia ialah utiliti wajib ada bagi semua pengguna gajet dan kereta .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates