Wednesday, May 7, 2014

Sistem Penggera Rumah Yang Murah dan Mudah



Sistem penggera keselamatan rumah termurah dan termudah telah dilancarkan .

Nama alat ini ialah Korner .

Ianya sistem penggera yang penggunaboleh pasang sendiri tanpa anda perlu membayar yuran perkhidmatan tahunan. 

Motion Sensor atau pengesan pergerakan berbentuk tiga segi , perlu dipasang pada hujung pintu ataupun tingkap yang ingin anda pantau. 


Apabila ianya dibuka , sensor akan menghantar isyarat kepada dongle USB yang disambungkan kepada komputer di rumah pengguna . 

Dongle USB ini kemudian akan mengeluarkan bunyi penggera berfrekuensi tinggi serta menghantar maklumat berlaku pencerobohan kepada gajet pengguna . 

Sebanyak 15 motion sensor boleh disambungkan kepada sebuah USB dongle pada satu-satu masa. 

Setiap satu sensor boleh digunakan selama 3 tahun sebelum baterinya perlu digantikan.

Yang berminat boleh memesannya pada harga USD89 di laman rasminya iaitu Korner House Alarm System

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates