Wednesday, May 7, 2014

Sony Lifelog Diperkenalkan Untuk Gajet Android KitKat


Sony Lifelog ialah apps yang diperlukan oleh pengguna yang menggunakan Sony SmartBand .

Setelah hanya ditawarkan untuk gajet Sony Xperia sebelum ini , kini Sony turut memperluaskannya untuk pengguna gajet Android jenama yang lain.

Untuk menggunakannya , pengguna memerlukan OS Android 4.4 KitKat .

Apps Sony Lifelog membolehkan pengguna melihat kembali dan memantau data berkaitan aktiviti harian mereka yang dirakamkan menggunakan Sony SmartBand.

Di Malaysia , Sony SmartBand ditawarkan pada harga RM399 .

Dengan pengenalan apps  ini kepada semua gajet , ia membolehkan lebih ramai pengguna Android menggunakannya dan tidak eksklusif untuk pengguna gajet Sony sahaja .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates