Tuesday, May 6, 2014

Pengguna WhatsApp Capai Angka 500 Juta


Semestinya ramai yang menggunakan WhatsApp sekarang ini

WhatsApp memaklumkan secara rasmi , perkhidmatan mereka digunakan secara aktif oleh lebih daripada 500 juta pengguna di seluruh dunia.

WhatsApp turut menyatakan , pengguna menghantar lebih daripada 700 juta gambar dan 100 juta video melalui perkhidmatan tersebut setiap hari .

Ia sekaligus menjadikan WhatsApp medium komunikasi utama harian , selain media sosial lain .

WhatsApp dijangka pada suku tahun ini akan memperkenalkan perkhidmatan panggilan suara mereka , yang dijangka memberikan sedikit kesan kepada penggunaan perkhidmatan panggilan sedia ada di Malaysia .

Syarikat ini telah dibeli oleh Facebook sebelum ini pada harga mencapai USD19 bilion , yang telah mengejutkan ramai pengguna di seluruh dunia .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates