Tuesday, May 6, 2014

HTC Bakal Menyertakan Fungsi Zoom Optikal Pada Telefon Model Mereka


HTC One M8 , yang diperkenalkan baru-baru ini tampil dengan fungsi dual sensor pada bahagian belakang kamera , yang membolehkan pengguna merakamkan gambar dengan kualiti yang lebih baik .

HTC khabarnya tidak akan berhenti setakat itu sahaja .

HTC berhasrat ingin membuat lebih banyak perkara menarik pada kamera gajet mudah alih mereka .

Sumber dalaman HTC menyatakan , telefon pintar mereka selepas ini , akan menggunakan zoom optikal .

Sumber itu turut menambah , mereka menyasarkan antara 18 bulan ke dua tahun untuk teknologi lensa menjadi lebih baik .

Ia sekaligus membolehkan kamera pada telefon pintar turut merakamkan gambar yang menarik seperti kamera konvensional yang lain.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates