Tuesday, May 6, 2014

Motorola Moto E Dijangka Dijual Dengan Harga Lebih Murah


Motorola sebelum ini tampil dengan Moto G yang mana menarik minat ramai pengguna seluruh dunia

Ia dikatakan antara model gajet Motorola yang berjaya .

Kini, Motorola sekali lagi sedang menyiapkan sebuah lagi gajet baru yang dinamakan Moto E .

Moto E ini dikatakan akan menggunakan skrin bersaiz 4.2-inci , cip pemprosesan dual core 1.2GHz , memori 1GB RAM , kamera belakang 5 megapixel dan dilengkapi bateri 1900mAh .

Moto E ini dijangka mempunyai spesifikasi yang lebih rendah berbanding Moto G sebelum ini. 

Manakala dari segi rekabentuk , dikhabarkan Moto E akan menggunakan frame yang lebih nipis dan kompak berbanding Moto G sebelum ini .

Selain Moto E , pihak Motorola juga turut dijangka memperkenalkan satu lagi model iaitu Moto X+1 , sedikit masa lagi .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates