Tuesday, May 6, 2014

Gambar Gajet OnePlus One Leaked di Internet


OnePlus merupakan sebuah syarikat baru pengeluar telefon dan mereka bakal hadir dengan gajet baru pada OnePlus One. 

Malangnya , specs dan gambar model ini telah leaked di internet sehari sebelum ia dilancarkan secara rasmi .

OnePlus One dikatakan bakal membawa skrin sebesar 5.5 inci , 1080p , prosesor quad core Qualcomm Snapdragon 801 2.5GHz , memori 3GB RAM .

Ia turut dilengkapi dengan sambungan LTE . 

Kameranya  pula menggunakan Sony Exmor 13 megapiksel f/2.0 .

Bateri yang lebih tahan lama dengan kapasiti  3100 mAh.

Sumber maklumat yang leaked produk ini turut memberitahu , setiap pembelian OnePlus One turut dibekalkan dengan frame StyleSwap yang boleh ditukar dan ditawarkan dalam variasi storan 16GB dan 64GB.

OnePlus One bakal menggunakan ROM versi baru , CyanogenMod 11S yang punya pelbagai fungsi dan beberapa elemen grafik baru .

Gajet ini dikhabarkan akan dijual di bawah harga $400 USD atau RM1299 , sesuai bagi golongan pertengahan Gadget Freak Malaysia .

Malangnya sebagai permulaan, OnePlus One hanya akan diperkenalkan di 16 buah negara sahaja seperti Austria , Belgium , Kanada , Denmark , Finland , Perancis , Jerman , Hong Kong , Itali , Belanda , Portugal , Sepanyol , Sweden , Taiwan , United Kingdom , Amerika Syarikat dan tidak ketahui bilakah ia bakal memasuki pasaran Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates