Saturday, May 10, 2014

Moto E Dengan Harga Mampu Milik


Motorola telah melancarkan Moto E yang telah memasuki pasaran Malaysia baru-baru ini .

Spesifikasinya agak  rendah dan harga bajet, sekitar RM650 , berbanding model sebelum ini iaitu Moto G .

Benarlah khabar angin sebelum ini yang mendakwa Motorola akan mengeluarkan gajet seakan Moto G, tetapi dengan spesifikasi lebih rendah dan harga lebih mampu milik.

Gejet ini ilengkapi skrin 4.3 inci , prosesor Dual core 1.2 GHz , memori 1GB RAM , kamera 5 MP dan OS Android 4.4.3 Kitkat .

Ia boleh dijual dengan harga yang rendah kerana hanya menawarkan , 4GB ruang storan, bateri 1,900 mAh dan seperti Moto G , ia hanya ada 3G , tanpa 4G LTE .

Dikhabarkan Moto E ini iaah gajet tahan lasak iaitu kalis air dan habuk seperti Samsung Galaxy S5 dan Sony Xperia Z2 .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates