Saturday, May 10, 2014

Mac OS 10.10 , OS Terbaik Masa Kini ?


Apple begitu komited pada produknya .

Buktinya untuk membangaunkan Mac OS 10.10 ini , Apple membawa masuk staf dari iOS ke dalam pasukan Mac OS untuk membantu dalam pembangunannya. 

Apple dilaporkan sedang melakukan perubahan dari A-Z tersebut sepertimana ia lakukan pada iOS 7 tahun lepas.

OS baru ini juga dikatakan akan mengambil ilham dari rekabentuk toggle iOS 7 untuk memberi definisi kepada ikon dan tetingkapnya. 

Ikon applikasi juga dikatakan akan mempunyai penjuru yang bersegi berbanding penjuru yang bulat sedia ada bagi menampakkan aturan yang lebih kemas.

Walaupun ia mengambil ilham dari iOS 7, namun kedua-dua jenis OS ini tetap akan di asingkan sebagai dua entiti berlainan. 

Finder, multi-window multi-tasking, Mission Control dan elemen desktop lain akan dikekalkan padanya.

Mac OS 10.10 dijangka akan dilancarkan pada musim luruh tahun ini iaitu sekitar September 2014 ,  bersama beberpa perkakasan baru keluaran Apple, sepertimana biasa dilakukan syarikat itu sebelum ini .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates