Friday, May 9, 2014

iPhone 6 Terlalu Nipis Hingga Sukar Bateri Masuk ?


Bertiup kencang info ini yang menyebabkan iPhone 6 tidak akan keluar sehingga tahun 2015.

Puncanya kerana syarikat yang mengilang iPhone 6 ini tidak berjaya mendapatkan bateri yang bersesuaian.

Pengilang menghadapi masalah mencari bateri yang tahan lama yang berukuran 2mm atau kurang untuk dimuatkan ke dalam badan iPhone 6 yang sangat nipis.

Juga dinyatakan bakal skrin iPhone 6 ini ialah 5.5 inci , dan ada juga yang menyatakan 4.7 inci , mana satu betul , masih tidak dapat dipastikan .

Model ini mungkin dipanggil "iPhone Air" , tetapi ada juga yang menyatakan iPhone Air ialah yang berukuran 4.7 inci , berbeza dengan model iPhone 6 yang berukuran 5.5 inci .

Jadi kemungkinan ada 2 gajet dilancarkan terus , mungkin .

Sehingga pelancaran rasminya , kita hanya boleh berspekulasi sahaja .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates