Tuesday, May 6, 2014

AcDisplay Apps Terbaru Android


Bagi yang pernah menonton video promosi ataupun melihat peranti Motorola Moto X , mungkin anda akan perasan akan bentuk notifikasi yang terdapat pada gajet ini . 

Kini, semua pengguna Android turut boleh menikmati fungsi yang lebih kurang sama melalui aplikasi AcDisplay.

Menggunakan apps ini , ia akan memaparkan notifikasi yang masuk bersama-sama dengan pelbagai notifikasi lain yang tidak dibuka atau diakses pengguna.

Pengguna boleh sentuh pada ikon notifikasi tersebut, dan ia akan memaparkan secara ringkas apakah yang dibawakan, dan pengguna boleh swype ke bawah untuk mengakses terus aplikasi berkenaan.

Apps ini hanya menyokong pengguna Android 4.4 Kitkat sahaja. 

Ia boleh didapati di Google Play Store .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates