Tuesday, May 6, 2014

Facebook Bakal Melancarkan Rangkaian Pengiklanan


Terdengar desas-desus yang kuat berkaitan rangkaian pengiklanan daripada Facebook dan bakal dilancarkan tidak lama lagi .

Rangkaian pengiklanan ini dikatakan akan menyasarkan kepada platform mudah alih, sekaligus memudahkan para pembangun mengintegrasikannya pada aplikasi mereka.

Pengiklanan sedia ada menjadi salah satu pendapatan utama pihak Facebook .

Dengan pengenalan rangkaian pengiklanan mereka sendiri , ia akan membolehkan Facebook memaparkan bukan sahaja pada platform mereka , tetapi turut memperluaskannya ke perkhidmatan media sosial selain Facebook.

Facebook tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengan desas-desus ini lagi.

Satu persaingan sihat jika ia benar terjadi , untuk rancak bersaing dalam dunia pengiklanan bersama-sama nama besar lain dalam pengiklananan internet  , contoh paling ketara ialah Google.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates