Tuesday, May 6, 2014

Asus Zenfone 4 , 5 dan 6 Dilancarkan


Asus Zenfone merupakan gajet mampu milik yang mempunyai ciri-ciri dan rekaan yang premium .

Semasa pelancaran rasmi Asus Zenfone baru-baru ini , secara berjenaka, CEO Asus mengatakan Zenfone ia merupakan peranti Apple pada harga mampu milik .

Asus Zenfone dikeluarkan menggunakan cip pemprosesan Intel , dan terdapat pilihan tiga saiz, iaitu 4 inci , 5 inci dan juga 6 inci.

Mudah mengingati saiz dan model Asus Zenfone ini , Asus Zenfone 4 bersaiz 4 inci , Asus Zenfone 5 bersaiz  inci  dan Asus Zenfone  bersaiz 6 inci ,


Daripada apa yang dilihat, Asus Zenfone berfungsi tanpa sebarang masalah dan cukup mengkagumkan .

Berbeza dengan kebanyakkan gajet lain yang dijual pada harga yang sama yang sering kelembapan loading dan selalu hang atau crash .

Asus Zenfone ini nampak stabil dan lancar , bahkan boleh dikatakan lebih hebat , dari sesetengah gajet yang berharga sekali ganda mahal daripadanya!

Asus Zenfone merupakan telefon pintar pertama daripada Asus yang menggunakan antaramuka ZenUI 

ZenUI merupakan antaramuka Android daripada pihak Asus , yang menyertakan beberapa fungsi tambahan kepada pengguna. 

Beberapa fungsi baru yang hadir termasuklah “Whats Next”, “Do It Later” dan juga integrasi Omlet Chat .

Memang harga dan spesifikasi Asus Zenfone ini sangat berbaloi untuk pengguna di Malaysia .

Malangnya sehingga ke hari ini , disaat entri ini diterbitkan , Asus Zenfone masih belum sampai ke Malaysia walaupun khabarnya , beribu-beribu unit telah ditempah secara pre-order sebelum ini .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates