Tuesday, November 29, 2016

Samsung Gear S3 dikatakan akan dijual pada harga bermula RM1,399 di Malaysia


Dikhabarkan Samsung Gear S3 akan dijual pada harga RM1,399 di Malaysia , sekitar minggu pertama bulan Disember 2016 ini.

Samsung Gear S3 akan hadir dalam dua variasi, iaitu Gear S3 Frontier dan juga Gear S3 Classic.

Ia tidak diketahui lagi sama ada harga RM1,399 ini untuk kedua-dua versi atau hanya satu variasi sahaja. 


Pihak Samsung tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengannya buat masa ini.

Kedua-duanya hadir dengan rekaan muka-jam bulat, dimana Gear S3 Frontier menawarkan rekaan yang lebih rugger.

Kedua-duanya juga menjalankan sistem operasi Tizen, dan boleh digunakan bersama pelbagai peranti Android di pasaran.


Dari segi spesifikasi, ia menggunakan skrin 1.3 inci Super AMOLED pada resolusi 360×360 dengan cip dwi teras 1.0Ghz, memori 768 MB dan ruangan storan terbina 4 GB.

Ia menggunakan skrin yang dilengkapi teknologi Corning Gorilla Glass SR+.



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates