Thursday, September 10, 2015

Oppo R7 Plus Edisi Barcelona dilancarkan bakal dijual di Malaysia bemula hujung September 2015


Oppo R7 Plus edisi FC Barcelona baru sahaja dilancarkan di Beijing China hari ini. Ia adalah peranti edisi khas pertama yang pernah dihasilkan oleh pihak Oppo dan menandakan permulaan kerjasama selama tiga tahun. 

Peranti ini mempunyai spesifikasi yang sama dengan R7 Plus biasa dengan beberapa penambahan rekaan. Pertama sekali ia dilengkapi tema eksklusif FC Barcelona.

Pada panel belakang pula terdapat logo Barcelona. Dua pilihan muatan dalaman diberikan iaitu 32 ataupun 64 Gigabyte. Sebelum ini hanya versi 32 Gigabyte muncul.

Versi 64 Gigabyte ini dijual pada harga Yuan 3999 dan turut disertakan ialah cangkerang boleh lipat rekaan Barcelona, kayu selfie, power bank VOOC Oppo dan bekas simpanan air FCB.

Versi 32 Gigabye juga menyertakan barangan di atas dan dijual pada harga $529 (RM 2295) sebuah.

Ia akan memasuki pasaran tempatan bulan ini. Tiada perancangan membawa masuk edisi 64 Gigabyte buat masa ini.

Kepada yang kurang mengenali peranti ini. Ia mempunyai skrin 6″ AMOLED FHD, diperkasakan pemproses Snapdragon 615, RAM sebesar 3 Gigabyte dan muatan dalaman 32/64 Gigabyte.

Kemampuan optik pula ialah 8 Megapixel pada bahagian hadapan dan 13 Megapixel RGBW pada bahagian belakang.

Kapasiti bateri pula ialah 4100 mAh dengan sokongan pengecasan pantas VOOC. 

Edisi R7 Plus biasa ini dijual pada harga RM1998.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates