Thursday, September 10, 2015

iPhone 6S dan iPhone 6S Plus turut dilancarkan


Seperti yang dijangka, rekabentuk dan saiz kedua-dua buah peranti ini tidak berubah. Malah kebanyakan spesifikasinya juga tidak berubah, kecuali dilengkapi dengan pemproses Apple A9 dan pemproses gerakan M9.

Hasil gabungan pemproses baharu dengan kamera 12MP baharu membolehkan telefon pintar ini mengambil video 4K dan juga mengedit video 4K pada telefon pintar itu sendiri. Malah pada acara tersebut Apple telah menunjukkan sebuah video yang dirakam dan diedit terus pada iPhone 6S menggunakan iMovies.

Kamera hadapan 5MP juga menerima satu fungsi baharu di mana keseluruhan skrin boleh dijadikan flash, membolehkan foto selfie dibuat dalam keadaan yang lebih gelap. Fungsi True Tone Flash pula memastikan tona flash paling optimum dihasilkan.

Satu lagi fungsi yang diperkenalkan pada iPhone 6S melalui iOS 9 ialah Live Photos di mana kamera mengambil beberapa saat video untuk diabadikan sebagai gambar bergerak. 

Fungsi ini sebenarnya telah diperkenalkan pada Windows Phone sejak dahulu lagi, namun Apple berjaya menjalankan fungsi ini dengan lebih lancar.

Selain itu, skrin baharunya kini dilengkapi apa yang dipanggil 3D Touch. Tetapi pada pendapat kami ia hanya nama lain bagi Force Touch. Seperti Force Touch, 3D Touch membolehkan pengguna menjalankan fungsi tambahan bergantung kepada daya yang dikenakan ke atas skrin.

Apple telah mendedahkan harga jualan iPhone 6S sebagai USD199 dan iPhone 6S Plus sebagai USD299 dengan 2 tahun kontrak, namun tidak mendedahkan harga peranti tanpa kontrak. Tetapi dijangkakan harganya sama dengan harga iPhone 6 (lebih mahal di Malaysia akibat kejatuhan Ringgit Malaysia).

Telefon-telefon pintar ini boleh mula ditempah pada 12 September dan akan mula diedarkan pada 25 September di sebilangan negara tertentu sebelum ke negara-negara lain tidak lama selepas itu.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates