Sunday, July 12, 2015

Samsung Galaxy A8 akan dilancarkan tidak lama lagi


Samsung dikatakan semakin hampir untuk melancarkan satu lagi model telefon pintar didalam siri A mereka dan ianya dikatakan akan menjadi telefon pintar ternipis didalam sejarah syarikat gergasi elektronik Korea ini.

Bercakap mengenai spesifikasi yang akan dimiliki telefon pintar ini, ianya akan hadir dengan skrin paparan Super AMOLED 1080p berukuran 5.7-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 615, 2GB RAM, kad microSD, kamera utama 16MP, kamera selfie 5MP lensa lebar, 4G LTE dan bateri berkapasiti 3,050mAh.

Selain itu, Samsung Galaxy A8 juga akan mempunyai sensor pengesan capjari pada butang ‘Home’.


Beralih kepada reka bentuk, Galaxy A8 akan mempunyai ukuran dimensi 157.7 x 76.7 x 5.94 mm untuk menjadikanya model paling nipis pernah dilancarkan Samsung dan ianya turut hadir dengan sistem operasi Android 5.1.1 Lollipop bersama UI Samsung TouchWiz.

Jika dibandingkan dengan Galaxy A7, Samsung Galaxy A8 ini mempunyai reka bentuk yang lebih bulat dan panel sisi skrin yang lebih kecil.

Samsung Galaxy A8 dikatakan akan dilancarkan didalam masa terdekat dan pasaran China mungkin akan mendapatnya sebelum ke pasaran antarabangsa.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates