Wednesday, July 15, 2015

Apple perkenalkan iPod Touch 2015 dengan harga RM779


Apple hari ini telah melancarkan pemain media terbaru daripada mereka, iaitu iPod Touch generasi baru dengan pelbagai kemaskini spesifikasi, selain turut hadir dengan pilihan warna emas, perak, kelabu, merah jambu dan juga biru.

Apple iPod Touch baru ini hadir dengan cip pemprosesan 64-bit A8, sekaligus menawarkan kuasa pemprosesan yang lebih baik berbanding dengan apa yang ditawarkan melalui iPod Touch beberapa tahun lepas.

Apple turut menyerakan cip M8 pada iPod Touch untuk tujuan kecergasan, selain pengguna turut boleh menikmati akses Apple Music melalui iPod Touch ini.

Untuk rakaman gambar pula, Apple menyertakan kamera belakang 8-megapixel iSight, dan kamera hadapan dengan sokongan FaceTime HD.

iPod Touch baru ini hadir dalam empat variasi storan, dimana 16GB ditawarkan pada harga RM779, 32GB pada harga RM979, 64GB pada harga RM1179 dan 128GB pada harga RM1599.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates