Tuesday, June 2, 2015

Xiaomi Mi 5 dan Mi 5 Plus mungkin dilancarkan November 2015


Maklumat Xiaomi Mi 5 dilihat sudah mula tersebar luas dan telefon pintar ini dijangka akan dilengkapi dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 820.

Xiaomi memilih untuk menggunakan pemproses Snapdragon 820 adalah kerana cip pemproses ini menyokong teknologi Sense ID yang merupakan teknologi pengesan capjari yang dilengkapi dengan sensor ultrasound dan bukanya sensor optik. Sensor ultrasound ini dilihat tahan lasak dan mampu mengesan capjari walaupun terdapat habuk dan air pada jari.

Turut disertakan selain prosesor ini ialah 4 GB RAM manakala kapasiti memori simpanan dalaman dijangka 16 GB atau 64 GB dan hampir pasti tidak memiliki slot kad microSD.

Selain itu, skrin paparan Xiaomi Mi 5 dijangka akan ditingkatkan kepada 5.5-inci dengan resolusi QHD dikatakan bakal hadir selepas Xiaomi Mi Note Pro menjadi telefon pintar pertama dengan skrin paparan QHD. Walaupun hadir dengan skrin paparan yang lebih besar, Xiaomi Mi 5 dijangka akan mempunyai reka bentuk yang nipis dan diperbuat daripada aluminium.

Xiaomi juga dikatakan akan menyertakan kamera 16 MP dengan OIS sebagai kamera utama manakala kamera selfie dikatakan 8 MP.

Selain itu, terdapat juga kemungkinan Xiaomi melancarkan satu lagi versi Xiaomi Mi 5 Plus yang dilengkapi dengan skrin paparan 6.0-inci mengikut jejak langkah banyak syarikat yang mula memperkenalkan model ‘Plus’ selepas Apple pertama kali memperkenalkan model iPhone 6 Plus.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates