Tuesday, June 2, 2015

Huawei P8 dijual di Malaysia bermula 18 Jun 2015


Huawei hari ini secara rasminya melancarkan Huawei P8 untuk pasaran tempatan . Ia berharga RM1799 untuk versi 16GB dan bakal ditawarkan di Malaysia bermula 18 Jun 2015 ini .

Antara spesifiukasi Huawei P8 ini ialah :

- skrin 5.2 inci
- prosesor Kirin 930
- kamera belakang 13 MP , kamera hadapan 8 MP
- 3 GB RAM , 16 GB ROM
- bateri 2680 mAh
Penawaran Huawei P8 di Malaysia datang dengan pakej menarik iaitu Huawei turut menyertakan khidmat pelanggan khusus dinamakan Huawei VIP .


Melaluinya, Huawei menawarkan gantian semula peranti satu-ke-satu untuk tempoh 12 bulan pertama, selain perlindungan skrin selama 3 bulan. Penawaran perkhidmatan ini boleh didapati pengguna Huawei P8 secara percuma dengan membeli peranti berkenaan.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates