Friday, June 19, 2015

Sony lancarkan Xperia M4 Aqua Dual dan C4 Dual di Malaysia


Sony Mobile Malaysia telah melancarkan M4 Aqua Dual dan C4 Dual yang merupakan telefon pintar selfie ke pasaran tempatan

Seperti kesemua telefon pintar Sony, M4 Aqua sesuai dengan namanya adalah telefon pintar yang kalis air dan habuk dengan pensijilan IP68. Ianya juga hadir dengan slot pengecasan tanpa penutup yang merupakan telefon pintar kalis pertama daripada Sony dengan teknologi ini.

Kedua-dua model yang ditawarkan di Malaysia adalah versi dwi-SIM yang dikenali sebagai M4 Dual dan C4 Dual

Xperia M4 Aqua Dual hadir dengan skrin paparan IPS 720p berukuran 5.2-inci, pemproses Snapdragon 615, Adreno 405, dan 2GB RAM.

Dari segi kamera pula, M4 Aqua mempunyai kamera utama 13MP dengan flash LED manakala kamera hadapan adalah 5MP.

M4 Aqua hadir didalam dua pilihan memori simpanan dalaman iaitu 8GB atau 16GB dengan tambahan slot microSD, 4G LTE, sistem operasi Android 5.0 Lollipop dan bateri berkapasiti 2,400mAh.


Xperia M4 Aqua akan ditawarkan didalam 3 warna iaitu putih, hitam dan ‘coral’ dengan harga penjualan RM 969 mulai minggu ini .

C4 Dual pula telah dilancarkan bulan lalu sebagai pengganti kepada Xperia C3 C4 akan memiliki skrin paparan IPS HD penuh 1080p berukuran 5.5-inci dengan teknologi skrin Sony BRAVIA, pemproses 64-bit MediaTek MTK6752 berkelajuan 1.7GHz,2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman, bateri berkapasiti 2,600mAh dan Android 5.0 Lollipop.


Sebagai telefon pintar Selfie, telefon pintar ini hadir dengan kamera hadapan 5MP dan kamera utama 13MP dengan kedua-dua unit kamera ini memiliki lampu LED Flash, fokus Auto dan HDR.

Sony Xperia C4 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu hitam, putih dan hijau ‘mint’dengan harga akan diumumkan apabila ianya mula dijual bulan hadapan





0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates