Friday, June 19, 2015

Microsoft Lumia 540 telah dilancarkan di Malaysia


Microsoft Lumia 540 telah dilancarkan di Malaysia 3 hari lepas .

Ia dilengkapi skrin 720p dan bateri yang berkapasiti 2,200mAh.

Namun spesifikasi dalamannya lebih kurang sama dengan pemproses Snapdragon 200 1.2GHz, 1GB RAM dan 8GB ruang storan dalaman yang disokong slot kad micro SD dengan kapasiti sehingga 128GB.

Microsoft juga menyertakan ruang storan cloud OneDrive sebanyak 30GB percuma.


Kamera utamanya telah dipertingkatkan kepada 8MP dengan flash LED dan kamera hadapan 5MP dengan lensa sudut luas untuk selfie dan video Skype HD.
Model ini hanya boleh mengambil video 480p, walaupun kameranya 8MP.
Ini mungkin disebabkan pemprosesnya yang kurang berkuasa . 

Lumia 540 dilengkapi Windows Phone 8.1, tetapi menyokong Windows 10.

Ia akan mula dijual pada 19 Jun 2015 iaitu hari ini dan didatangkan dalam warna biru, oren, hitam dan putih serta menyokong rangkaian 3G HSPA sehingga kelajuan 42Mbps.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates