Sony Xperia Z4 atau Xperia Z3 Neo dilancarkan pada 20 April 2015 ?
Bertiup kencang khabar angin mengatakan yang semakin hampir untuk melancarkan satu lagi versi Sony Xperia Z .
Model terbaru ini dikatakan akan dilancarkan pada 20 April 2015 , namun tiada sebarang maklumat mengenai model yang akan dilancarkan itu .
Sony Xperia Z4 mungkin menjadi nama yang sesuai untuk model terbaru ini . Namun nama Xperia Z3 Neo juga mungkin diberi nama pada model terbaru ini .
Persoalan yang timbul adalah Sony dikatakan hanya akan melancarkan satu gajet utama setiap tahun sekali sahaja , maka nama Xperia Z3 Neo dilihat tidak berapa sesuai.
Segala persoalan mengenai nama dan spesifikasi telefon pintar utama Sony akan terjawab minggu hadapan.
0 comments:
Post a Comment