Wednesday, April 15, 2015

LeTV Superphone bakal dilancarkan

Satu lagi syarikat China bakal melancarkan gajet mereka . Yang dimaksudkan ialah syarikat LeTV, telah memperkenalkan beberapa model telefon pintar yang digelar LeTV Superphone .

Model-model ini dilengkapi port USB Type C dan merupakan phone pintar pertama di dunia yang menggunakan port sebegini . Pengguna boleh mencocok kabel USB mereka tanpa perlu risau samada memasangnya pada arah yang salah atau terbalik .


LeTV Superphone terdiri daripada 3 model iaitu :

- Le Max sebagai model paling berkuasa antara ketiga-tiga telefon pintar tersebut. Skrinnya ialah QHD 6.33 inci, prosesor Snapdragon 810 2GHz, 4GB RAM, bateri 3500 mAh, kamera 21MP dan thumb print scanner. Designnya seakan gabungan di antara iPhone 6 dan HTC One M9.

- Model kedua pula dinamakan Le 1 Pro yang dilengkapi skrin 5.5 inci dan kamera belakang OIS 13 MP .

- Model terakhir pula bernama model Le 1 yang merupakan model bajet keluaran mereka dilengkapi skrin 5.5 inci dan prosesor keluaran Mediatek.


Harganya masih belum didapati lagi dan LeTV hanya akan menjual phone ini di China sahaja buat masa ini .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates