Friday, April 3, 2015

Oppo R1x mula dijual di Malaysia penghujung April 2015


Oppo R1x boleh dikatakan lebih baik spesifikasinya berbanding Oppo R1L . Dengan skrin bersaiz 5-inci, ia menggunakan prosesor quad core 1.5Ghz , memori 2GB RAM dan ruangan storan 16GB dengan sokongan mikro SD. 

Kamera belakang Oppo R1x ialah 13 megapixel dan kamera hadapan 5 megapixel.

Rekaan kerangka belakangnya yang dikatakan menarik kerana membawakan rekaan seperti berlian. Di Malaysia, model ini akan dijual pada harga RM1398.


Ia bakal diperkenalkan di Malaysia bermula 11 dan 12 April 2015 . Dan ia dikhabarkan , bakal dijual pada penghujung April 2015 pada tarikh yang bakal diumumkan tidak lama lagi .

Tunggu sahaja pengumuman rasmi daripada Oppo .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates