Friday, April 3, 2015

Harga iPhone 6 dan iPhone 6 Plus turut melonjak tinggi kerana GST


GST membawa berita buruk untuk kaki gajet di Malaysia kerana majoriti harga gajet dinaikkan . Turut merasa tempiasnya ialah produk Apple .

Perubahan harga ini telah mula dilaksanakan di Apple Store Online, dan mungkin kita akan dapat melihat perubahan harga sama pada kedai jualan Apple di Malaysia, selain penawaran gajet daripada syarikat telekomunikasi.


Untuk iPhone 6 versi 16 GB, sekarang ia berharga RM 2702, sementara untuk 64GB pula harganya ialah RM3126, dan versi 128 GB kini mencapai harga RM 3550.

Untuk iPhone 6 Plus pula, versi asas 16 GB ditawarkan pada harga RM 3126, versi 64 GB pada harga RM 3550 dan versi 128GB pada harga RM 3974.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates