Tuesday, April 7, 2015

Oppo Find 9 dikhabarkan akan dilengkapi teknologi kamera berkembar


Gambar yang dikatakan gambar generasi telefon pintar terbaru daripada Oppo iaitu Find 9 telah mula tersebar di laman media dan dikatakan pengganti kepada Oppo Find 7 .

Ia bakal membuka lembaran baru didalam pasaran telefon pintar dunia dan bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Secara asasnya, Oppo Find 9 masih mengekalkan DNA yang dimiliki oleh Find 7 namun dengan beberapa ciri-ciri baru seperti teknologi kamera berkembar dan sensor pengesan cap jari.


Setakat ini masih tiada sebarang maklumat berkaitan kamera Oppo Find 9 . Sensor cap jari nya adalah sama seperti yang dimiliki oleh satu lagi telefon pintar Oppo iaitu N3.


Spesifikasi lain yang bakal dimiliki oleh Oppo Find 9 adalah termasuk pemproses Snapdragon 810 daripada Qualcomm, 4GB RAM, skrin paparan QHD 5.5 inci dan Android 5.0 Lollipop.


Oppo Find 9 dijangka memasuki pasaran Malaysia beberapa minggu selepas ianya dilancarkan secara rasmi nanti .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates